Thursday, 19 March 2009

Keputusan Lembaga Disiplin ada hikmah buat Khairy.


Ibarat ketam di dalam bakul yang mahu naik ke atas terpaksa menarik kawan lain yang telah berada di atas. Sifat ini sememangnya telah kita warisi dari zaman zaman kerajaan lama sedari zaman kerajaan melayu Melaka lagi. Kesah Hang Tuah di fitnah , kesah Hang Nadim yang bijak di fitnah kerana kebijaksanaan mereka. Pendek kata orang Melayu tidak boleh tenguk orang melayu lain lebih dari mereka. Mereka adalah terbaik.
Inilah yang berlaku sekarang, terlalu banyak rintangan dan dugaan serta terlalu banyak fitnah di taburkan kepada Khairy Jamaluddin dan beliau adalah mangsa kepada kelebihan yang beliau ada sebagai anak muda yang berpotensi untuk naik dan menjadi pemimpin yang dihormati satu masa kelak. Alasan beliau baru dan beliau menantu Pak Lah adalah satu alasan yang tidak boleh kita terima kerana penilaian terhadap seorang pemimpin bukanlah siapa dia , anak siapa menantu siapa atau baru atau lama dalam kumpulan berkenaan, Apa yang kita perlu lihat dan nilai adalah bakat kepimpinan, Idea - idea dan visi membawa sesebuah kumpulan atau persatuan ke peringkat yang lebih maju dan boleh menghadapi sebarang cabaran.
Keterampilan dan kepimpinan yang ada pada Khairy sebenarnya lebih menonjol dari dua calon yang ada sekiranya kita ketepikan semua usaha-usaha negatif yang cuba memburukkan beliau. Berbagai cara dilakukan untuk menafikan kredibiliti Khairy sehingga beliau terpaksa dihadapkan ke muka pengadilan Lembaga Disiplijn UMNO Malaysia. Sedang Khairy terpinga-pinga tidak tahu apa kesalahan yang telah beliau lakukan , beliau dihukum sebagai bersalah dan syukur kerana beliau dibenarkan bertanding. walau ada penafaian bahawa ada konspirasi yang mahu memburukkan Khairy , Namun nama Khairy agak terjejas dengan tuduhan ini dan hampir melumpuhkan kempen Khairy tentu sekali mereka yang menyusun strategi ini merasakan mereka berjaya untuk menjatuhkan Khairy dengan tuduhan yang telah berjaya memerangkap Khairy.
Benih baik campak ke laut akan menjadi pulau. jentera Khairy tidak berputus asa dan kini mengandakan usaha untuk memastikan Khairy akan berjaya mempertahankan kerusi yang sepatutnya menjadi milik beliau dari di rampas kerana secara haraki, kerusi Ketua Pemuda UMNO milik Naib Ketua Pemuda UMNO kerana sebagai naib Ketua Pemuda UMNO belialah yang banyak membantu Pemuda UMNO. Lakukanlah apa saja , anak muda ini tidak gentar dan akan terus bersaing dan menghadapi pemilihan ini dengan tabah dan tenang. Menurut bancian , Khairy kini berada di tangga atas dan peluang untuk menang adalah cerah. Simpati kepada beliau banyak diluahkan oleh ketua pemuda UMNO Negeri dan bahagian. Ada hikmah dalam apa yang diputuskan oleh lembaga disiplin UMNO buat Khairy Jamaluddin, beliau banyak mendapat simpati dari Perwakilan. Mereka bukan bodoh dan mereka tahu apa yang sedang berlaku.
(Taken from prokhairy.com)
____________________________________________________________
I will do ALL that it takes to take away all negative perceptions about YB KJ in Langkawi. And whoever who played a role in tarnishing his name here will pay the price.
Salam Setiakawan.

No comments:

Post a Comment