Sunday 22 March 2009

Accusations on YB KJ - Part 5.




Bro Jinggo
Naib timbalan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini membuat laporan polis terhadap penerbitan buku yang bertajuk “ Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin”.Tujuan buku tersebut diterbitkan ialah untuk dihantar kepada semua perwakilan UMNO Malaysia kerana kandungan buku tersebut mempunyai unsur-unsur fitnah terhadap Khairy yang cuba memberi imej buruk kepada perwakilan beliau.
Beliau membuat laporan polis tersebut di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur.
Fungsi utama buku ini adalah salah satu usaha secara sengaja untuk menjatuhkan kredibiliti Khairy. Menurut Khairy, beliau mempunyai bukti bahawa penulis buku tersebut Yahya Ismail telah mengugut beliau sebelum menerbitkan buku ini, dimana Yahya telah datang berjumpa Khairy dan menghantar black mail kepada Khairy. Yahya meminta Khairy ,membayar sebanyak RM100,000.00 , supaya buku tersebut tidak dikeluarkan. Yahya juga mengugut Khairy bahawa sekiranya Khairy gagal membuat pembayaran beliau akan menerbitkan buku tersebut.
Menurut Khairy lagi, Yahya Ismail berkata bahawa beliau ditaja oleh musuh-musuh politik Khairy dalam umno sendiri.
Di sini berlakunya ugutan dan khairy menegaskan bahawa beliau tidak akan tunduk pada sebarang ugutan walaupun Yahya meminta beliau membayar sebanyak RM100,000.00 agar buku tersebut tidak dicetak , dijual dan diedarkan kepada perwakilan.
Kata Khairy beliau mempunyai pendirian bahawa beliau tidak perlu membayar pada buku tersebut kerana, ini ialah ugutan politik dan beliau berpengang pada prinsip beliau bahawa tidak akan tunduk pada mana-mana pihak yang meminta atau memaksa beliau dalam bentuk ugutan black mail untuk memenuhi permintaan mereka yang sebelum mengeluarkan buku dan juga bahan-bahan yang boleh memburukkan kredibiliti beliau.
Khairy berkata, bahawa penting bagi beliau untuk membawa kepada pengetahuan umum terutamanya kepada perwakilan Pemuda UMNO Malaysia bahawa buku ini sebenarnya tidak ada kredibiliti kerana buku ini ditaja dan kedua tidak ada kredibiliti kerana penulis ini telah meminta wang dari beliau sebelum buku ini diterbit dan dicetak.
Disini kita tahu bahawa ada unsur ugutan secara black mail dan penulis buku tersebut sebenarnya bukan mahu mencari kebenaran sebaliknya mencari keuntungan peribadi.
(taken from prokhairy.com)

No comments:

Post a Comment