Tuesday, 23 February 2010

Jawapan Sdr. Ezam Nor kepada fitnah Raja Petra.


Assalamualaikum,

Tolong jawap dan jelaskan yg berikut di bawah kpd umum. Bule tak sy bagi mase sblm cuti maulid Nabi minggu dpn utk Tuan jawap.

Ana cadangkan, saman la RPK kalo cite die ni x betul.

Integriti, maruah, lawan rasuah....poorah..

Mohd Shahir Abu Hassan



(Jawapan Sdr. Ezam Nor)

Waalaikum salam Sdr Shahir,

1. Terima kasih atas inisiatif bertanya dan mencari kebenaran tetapi lebih baik sekiranya sdr lebih beradab dan tidak berprasangka buruk sblm tahu hal sebenar

2. Saya tidak jawab raja petra d malaysia today atau saman dia sebab saya tidak mahu layan orang pengecut dan penakut.buat tuduhan dan cerita karut tetapi cabut d luar negara!Melayan dia merendahkan martabat diri saya.

3. Ada wartawan dari Free malaysiatoday (katanya webnews baru tiada kena mengena dgn Msiatoday) talipon dan minta penjelasasn beberapa hari lalu.

4)saya jelaskan kepada nya:
a) Tuduhan itu tidak benar.
b)saya tidak pernah jumpa Soros sepanjang hidup saya ataupun wakil soros ataupun organisasi Soros Open Society.
c)US trip yg dimaksudkan adalah trip kami 4 orang.yg raja petra sebut saya dan anuar saari.lagi 2 org - Azmin ali dan adlin (bekas setiausaha akhbar DSAI)
d)Trip itu tiada langsung kena mengena dgn Soros.Trip jumpa wakil2 senat di capitol hill dan ngos dll atas undangan sahabat saya Ambasador Roland , duta Cambodia di New York.
e)setahu saya trip jumpa soros trip lain diketuai Wan azizah bersama azmin,khalid jaffar, yagn diatur oleh Elizabeth Wong yg memang diketahui dalam parti sebagai penghubung Soros dan PKR
f)saya tidak pasti samada Soros beri fund dalam pertemuan itu sebab mrk tidak laporkan kpd parti pertemuan tersebut.

5) Saya minta wartawan Free MT itu utk lapurkan semua ini dan minta penjelasan semua nama tersebut.Tapi mrk hanya siarkan sedikit kenyataan penafian saya.Jelas web pembangkang yg kononnya adil dan bebas!

6) Saya benarkan sdr gunakan jawapan saya ini utk hebahan pd yg lain dan juga utk dapatkan penjelasan dari nama2 yg saya nyatakan.

7) Saya ingin tegaskan saya tidak pernah membenarkan diri saya melakukan sebarang unsur penyelewangan wang utk peribadi dan keluarga saya semasa di PKR dan juga semasa saya dalam UMNO.( fitnah saya dibayar sertai UMNO juga tidak benar dan fitnah!) dan saya berdoa setiap hari sesiapa yg menfitnah saya dengan hal 2 sedemikian menerima balasan Allah didunia dan akhirat.Saya ambil berat dan serius hal ini kerana saya perjuangan saya no 1 sehingga hari ini adalah melawan rasuah dan penyelewengan.

8) Keputusan saya tinggalkan PKR tidak babitkan satu sen pun tetapi bersabit dengan hukum ALLAH SWT dan saya sebagai seorang Islam tidak akan membenarkan diri saya bersama dalam perjuangan yg dipimpin seorang manusia begitu.

9) Kalau saya berbohong walaupun satu perkataan dari kenyataan di atas haram setiap amal baik saya didunia ini dan halal api neraka untuk saya tetapi sekiranya ianya benar setiap yg menfitnah saya tidak akan saya maafkan dan terima balasan dari Allah swt didunia dan diakhirat.

Sekian, Wasalam.

Ezam

No comments:

Post a Comment