Friday, 29 May 2009

Kejap Cakap Tak Rasuah, Sekarang Mengaku Pula?

I received this via Facebook from Ir. Gullit;
Dah pecah tembelang! Dah terbukti! Sudah terjawab cabaran. Kak Min sudah berjaya menjawab cabaran PKR untuk membuktikan bahawa beliau ada dikunjungi oleh "orang-orang kuat" PKR membawa "sogokan" jawatan dan wang ringgit. Menjawab segala "herdikan" dan "cemuhan" Tian Chua dan Pengerusi Perhubungan Negeri PKR, Kak Min telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama sama buktinya yang merupakan sekeping CD dan rakaman telefon bimbit. Maka gundah gulanalah puak-puak PKR sekalian. Mereka di ambang tuduhan rasuah!

Ketika mengalami tuduhan itu, maka muncullah seorang yang pernah menjawat jawatan "pakar strategi" PKR untuk menjawab keributan ini bagi pihak PKR. Saifudin Nasution muncul untuk "memperbaiki" keadaan. Saifudin dengan bangganya "mengaku" bahawa sememangnya "benar" ada beberapa individu dari PKR yang pergi berjumpa dengan Kak Min menawarkan "sedekah" kepadanya! Namun, Saifudin menafikan bahawa PKR telah menghantar individu-individu terbabit dan itu bukanlah tindakan "rasmi" dari PKR. Dia juga mendakwa bahawa Kak Min mempunyai hunbungan rapat dengan individu tersebut sebelum ini dan Kak Min sendiri adalah merupakan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang. Itulah ulasan si Saifudin. "Hero spin" la katakan...

Sambil tersenyum sumbing, saya mencebik seraya berkata "hari tu cabar Kak Min, kata macam-macam kat dia, sekarang??? Hari tu kata Kak Min tipu, dah bawa bukti pi report kat SPR baru gelabah biawak!" Rasa macam nak "meletup" pula mendengar Si Saifudin ni!

Sekarang sudah terbukti. Kak Min punya bukti dan sudah diserahkan kepada SPR dan SPRM. Kini barulah jelas, siapa yang menipu dan siapa yang benar. Tian Chua dan Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pulau Pinang sudah terduduk! Kelu lidah! Telah kalah ego lelaki mereka apabila herdikan mereka sebelum ini telah "dikalahkan" sebelum pilihanraya lagi. Mana hendak disorokkan muka? Jika mereka berdua punya maruah, mesti mereka akan rasa malu dan "segan" nak tunjuk muka pada masyarakat! Tapi kalau dah tak tahu malu tu, entahlah...apakah mereka masih punya "malu" lagi???

Setelah satu persatu dibukakan Allah keaiban PKR. Bermula dengan peristiwa tak jadi "16 September" dan sehinggalah cerita "Kak Min", sudah banyak Allah bukakan aib PKR untuk dipertontonkan kepada Rakyat. Kes-kes seperti "16 September", Eli Wong, Fairus, Raja Petra Kamarudin dan peristiwa Kak Min adalah beberapa kes terkini perdedahan "kekarutan" PKR. Itu belum lagi diungkit semua "kudis", "kurap" dan "panau" PKR dan De Factonya!

Sesungguhnya kini Allah telah mengangkat yang benar dengan "mengangkat" Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan "membuka pekung" PKR yang selama ini hidup sebagai "pemfitnah" dengan mendedahkan pelbagai perkara karut marut PKR Anwar, walaupun Anwar suatu masa dahulu adalah amat hampir kepada jawatan Perdana Menteri itu sendiri. Alhamdulillah, Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Adil. Dikurniakan "kuasa" kepada yang berhak dan ditarikNya kuasa dari manusia yang durjana!

Hakikatnya, kalau ketuanya perasuah itu, maka parti yang diketuainya pastilah "suka"kan rasuah. "Apabila kepala itu busuk, maka badan hingga ke ekornya pastilah busuk!". Apabila "bapak rasuah" yang pernah dipenjarakan di atas tuduhan rasuah itu menjadi "ketua", pasti anak-anak buahnya akan mencontohinya. Kini terbukti, dan buktinya di dedahkan secara nyata oleh "bekas" Ketua Wanita PKR Pulau Pinang sendiri! Sudahlah PKR, tarik dirilah! Biarlah Kak Min menang, mungkin dia tak kebulur jawatan TKM I, tapi dia sudah sedar dan tahu bahawa PKR memang "putar alam" suka menipu!

dukeofmontecristo
Bridger Comander myKMU

No comments:

Post a Comment