Bagai belut digetir ekornya, pembangkang yang sememangnya kini bertongkatkan ranting yang patah bagi menutup aib dan retak sesama mereka menderu membuat riuh bagi mengubah tumpuan rakyat dengan dakwaan Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional, Saifuddin Nasution bahawa saya mengubah pendirian apabila menggesa Kerajaan agar mengekalkan subsidi minyak RON95.
Kepada beliau saya mahu jelaskan bahawa saya bukan seperti pembangkang yang menjaja auta dan bertukar kulit di khalayak mereka yang ingin ditagih sokongannya. Pendirian saya adalah jelas dan konsisten, di mana subsidi adalah suatu perbelanjaan yang semestinya distrukturkan semula oleh Kerajaan memandangkan ia bukannya suatu perbelanjaan produktif.
Malahan pada masa ini, hanya 3 peratus sahaja daripada penerima subsidi yang sebenarnya tergolong dikalangan rakyat miskin. Mesej ini adalah suatu yang konsisten dan jelas saya utarakan semasa saya masih menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, hingga kini, termasuklah di medan Dewan Rakyat, dan yang mutakhir adalah di dalam akhbar The Edge cetakan minggu ini – mungkin beliau tidak membaca penerbitan sedemikian kerana ia bersifat fakta dan bukannya fatamorgana.
Namun, usaha ke arah itu haruslah mengikut turutan dan keutamaan terutama sekali apabila rakyat sedang bergelut dengan kos sara hidup dengan kenaikan harga barang makanan yang mencecah 11 peratus. Gesaan saya supaya subsidi RON95 tidak dikurangkan buat masa ini langsung tidak bercanggah dengan pendirian saya bahawa subsidi akhirnya perlu distrukturkan semula supaya lebih tepat sasarannya kepada mereka yang layak menerima dan mengurangkan beban defisit kepada perbelanjaan Kerajaan. Cuma, berdasarkan pengalaman lepas dan mengambil kira beban yang dihadapi rakyat hari ini, saya bantah kenaikkan harga RON95 dalam masa yang terdekat.
Apakah salah bagi mana-mana ahli politik mengubah pendirian atau pendekatannya sekiranya itulah yang dianggap terbaik untuk rakyat? Saifuddin patut menyokong pendirian saya membantah pengurangkan subsidi RON95 dan bukannya menyerang saya secara peribadi. Apakah beliau khuatir dengan peranan yang dimainkan oleh Pemuda UMNO dalam menyuarakan pandangan rakyat jelata?
Saya nak ingatkan Saifuddin yang barangkali tergolong di kalangan orang Melayu yang mudah lupa, ramai ahli politik mengubah pendirian dan pendekatan mereka tanpa segan silu. Saifuddin juga tidak
terkecuali. Beliau satu masa dahulu pernah dengan lagak sombong dan samseng, mengetuai gerombolan pemuda yang telah merusuh untuk memberhentikan satu persidangan mengenai Timor Timur sewaktu beliau masih bersama UMNO. Namun, selepas menyertai PKR, beliau memutar pendirian 180 darjah dalam isu ini, menjadi hero kepada kebebasan bersuara dan menuding jari kepada pihak lain yang kononnya mengarahkan beliau menyerang peserta-peserta persidangan tersebut.
Pokoknya di sini, terdapat perbezaan ketara antara pendirian saya dengan Saifuddin di mana saya tidak pernah menggadai prinsip dan persoalan pokok. Saya bersuara demi kesejahteraan rakyat walaupun masih komited terhadap usaha jangka masa panjang untuk memperbaiki sistem subsidi yang sedia ada. Sekiranya, Saifuddin masih besikap ego dan menyerang saya, saya cuma minta rakyat nilai. Apa salahnya sekiranya pendekatan saya berubah sedikit setelah mendapat pengalaman dari sejarah? Apa gunanya semalam jika bukan untuk sandaran dan petunjuk ari ini? Bukankah Saifuddin juga belajar dari pengalaman beliau atau adakah beliau juga mengambil kesempatan politik untuk menjadi hero kebebasan bersuara sekiranya kita mengguna logik yang sama?
Tampak jelas, pembangkang umpama ayam yang terkecundang. Maka atas sebab itu dan oleh kerana tiada saingan idea atau pendapat bernas yang dapat ditawarkan, maka bertempiklah Saifuddin bagi menempa nama sebagai hero pembangkang dengan suara dan lagu sumbang di pentas yang sudah roboh.

pemuda UMNO atau siapa sahaja rakyat malaysia menyokong perkara yang membawa kebaikan kpd semua rakyat
ReplyDelete