Saturday 24 July 2010

Isu Air Selangor: Penduduk Lembah Klang, protes kerajaan negeri Selangor PR yang telah menipu hak mereka!


Hanya sekadar gambar hiasan

Oleh: Bro Jinggo

Kerajaan Selangor telah berjanji untuk memberikan sebanyak 20 liter padu air percuma pada semua isi rumah Selangor pada Pilihanraya yang lepas. Janji ini telah terlaksana namun dasar yang dirancangkan tidak diikuti dengan perlaksanaan yang baik. Rumah-rumah pangsapuri dan flat menggunakan sistem meter pukal, yang mana satu bangunan yang mempunyai isi rumah yang ramai berkongsi satu meter. Oleh kerana dalam penggubalan dasar oleh kerajaan selangor yang mana air percuma diberikan berdasarkan meter, rumah pangsapuri yang mempunyai 100 keluarga mendapat jumlah air percuma sama banyak dengan satu rumah teres satu keluarga kerana mempunyai satu meter. Ini merupakan satu ketidak adilan bagi mereka kerana mereka juga berhak mendapat janji kerajaan selangor.

Masalah

Masalah dengan mudah boleh selesai sekiranya Kerajaan Selangor memberikan subsidi berdasarkan isi rumah dan isu penukaran kepada meter individu sepatutnya tidak timbul. Ini kerana pegawai daerah dan syabas sendiri boleh memberikan bil kepada Kerajaan Selangor berdasarkan jumlah isi rumah. Sebagai contoh, satu pangsapuri 50 rumah, akan diberikan air percuma atau pelepasan bil sebanyak 20 Meter x 50 isi rumah, selebihnya barulah dimasukkan ke dalam bil. Disyaki kerajaan selangor ralat hendak bebuat begini untuk tidak menambahkan bebadan membayar subsidi air.

Langkah Kerajaan Negeri tidak Berkesan

Kerajaan negeri memperkenalkan sistem kupon yang mana setiap isi rumah pangsapuri akan mendapat kupon sebagai bauchar (voucher) ketika membayar bil air. Akan seperti biasa masaalah timbul pada perlaksanaan. Sebagai contoh ambil petikan dari ADUN Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak saudara Azmin Ali .

1. Kerajaan Negeri telah memulakan langkah yang lebih proaktif dengan mengeluarkan kupon untuk mendapatkan air percuma bagi penduduk-penduduk rumah pangsa kos rendah. Saya berharap program ini akan meliputi semua rumah pangsa dalam Negeri Selangor tanpa perlu menunggu pilot project.

2. Dalam sesi yang lepas, Dewan telah pun meluluskan perbekalan tambahan untuk tujuan yang sama berjumlah RM 69 juta dengan harapan masalah air ini boleh diselesaikan sebelum bulan September 2010. Namun, hari ini Dewan pohon lagi peruntukan tambahan bagi meneruskan program untuk kesejahteraan rakyat Negeri Selangor.

Perbahasan Dewan Undangan Negeri Selangor 12 Julai 2010 YB AZMIN ALI

Masaalah yang timbul di sini ialah pembahagian Voucer masih lagi tidak diedarkan secara keseluruhan dan lambat menyebabkan kemarahan rakyat.

Kebanyakan penduduk Flat dan pangsapuri adalah mereka yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah jadi mereka inilah yang paling memerlukan subsidi air. Bukan sahaja subsidi mereka ditipu bebadan ditambah kepada mereka apabila kerajaan selangor meningkatkan kadar sewa rumah PPR sebanyak 100%, ini bererti air diberikan kepada orang berada, duit diambil dari orang miskin

KUANTAN, 4 Dis (Bernama) -- Tindakan Kerajaan Negeri Selangor menaikkan kadar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 kepada RM250 sebulan tidak wajar, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Hamzah Zainuddin.

Walaupun kerajaan memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menguruskan hal berkaitan rumah PPR namun ini tidak bererti pihak terbabit boleh menaikkan kadar sewa rumah tanpa memikirkan kebajikan rakyat.

http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=376423&


Tuntutan

Kami telah mendapat maklumam bahawa beberapa kain rentang yang menghentam kerajaan selangor mengenai isu ini telah muncul di kawasan perumahan pangsapuri PARLIMEN GOMBAK dan HULU KELANG kami percaya ini adalah luahan hati penduduk di kawasan berkenaan atas kegagalan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PR telah menipu hak mereka. Walaupun kain rentang ini muncul kurang 2 minggu dari kenyataan YB Azmin Ali di DUN Selangor serta menimbulkan pelbagai cerita di belakang tabir kami menganggap bahawa apa sekalipun rakyat tetap berhak mendapat manafaat ini dan kami menyokong pihak yang menjalankan protes kain rentang berkenaan demi kebaikan rakyat selangor sejagat.


Berita terdahulu:
http://www.mmail.com.my: Mystery banners stump state govt

Penduduk Lembah Klang PROTES kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor!!

Source - brojinggo.blogspot.com

No comments:

Post a Comment