Tuesday, 24 May 2011

Jawapan YB Khairy Jamaluddin kepada YB Saifudin Nasution.

Bagai belut digetir ekornya, pembangkang yang sememangnya kini bertongkatkan ranting yang patah bagi menutup aib dan retak sesama mereka menderu membuat riuh bagi mengubah tumpuan rakyat dengan dakwaan Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional, Saifuddin Nasution bahawa saya mengubah pendirian apabila menggesa Kerajaan agar mengekalkan subsidi minyak RON95.

Kepada beliau saya mahu jelaskan bahawa saya bukan seperti pembangkang yang menjaja auta dan bertukar kulit di khalayak mereka yang ingin ditagih sokongannya. Pendirian saya adalah jelas dan konsisten, di mana subsidi adalah suatu perbelanjaan yang semestinya distrukturkan semula oleh Kerajaan memandangkan ia bukannya suatu perbelanjaan produktif.

Malahan pada masa ini, hanya 3 peratus sahaja daripada penerima subsidi yang sebenarnya tergolong dikalangan rakyat miskin. Mesej ini adalah suatu yang konsisten dan jelas saya utarakan semasa saya masih menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, hingga kini, termasuklah di medan Dewan Rakyat, dan yang mutakhir adalah di dalam akhbar The Edge cetakan minggu ini – mungkin beliau tidak membaca penerbitan sedemikian kerana ia bersifat fakta dan bukannya fatamorgana.

Namun, usaha ke arah itu haruslah mengikut turutan dan keutamaan terutama sekali apabila rakyat sedang bergelut dengan kos sara hidup dengan kenaikan harga barang makanan yang mencecah 11 peratus. Gesaan saya supaya subsidi RON95 tidak dikurangkan buat masa ini langsung tidak bercanggah dengan pendirian saya bahawa subsidi akhirnya perlu distrukturkan semula supaya lebih tepat sasarannya kepada mereka yang layak menerima dan mengurangkan beban defisit kepada perbelanjaan Kerajaan. Cuma, berdasarkan pengalaman lepas dan mengambil kira beban yang dihadapi rakyat hari ini, saya bantah kenaikkan harga RON95 dalam masa yang terdekat.

Apakah salah bagi mana-mana ahli politik mengubah pendirian atau pendekatannya sekiranya itulah yang dianggap terbaik untuk rakyat? Saifuddin patut menyokong pendirian saya membantah pengurangkan subsidi RON95 dan bukannya menyerang saya secara peribadi. Apakah beliau khuatir dengan peranan yang dimainkan oleh Pemuda UMNO dalam menyuarakan pandangan rakyat jelata?

Saya nak ingatkan Saifuddin yang barangkali tergolong di kalangan orang Melayu yang mudah lupa, ramai ahli politik mengubah pendirian dan pendekatan mereka tanpa segan silu. Saifuddin juga tidak
terkecuali. Beliau satu masa dahulu pernah dengan lagak sombong dan samseng, mengetuai gerombolan pemuda yang telah merusuh untuk memberhentikan satu persidangan mengenai Timor Timur sewaktu beliau masih bersama UMNO. Namun, selepas menyertai PKR, beliau memutar pendirian 180 darjah dalam isu ini, menjadi hero kepada kebebasan bersuara dan menuding jari kepada pihak lain yang kononnya mengarahkan beliau menyerang peserta-peserta persidangan tersebut.

Pokoknya di sini, terdapat perbezaan ketara antara pendirian saya dengan Saifuddin di mana saya tidak pernah menggadai prinsip dan persoalan pokok. Saya bersuara demi kesejahteraan rakyat walaupun masih komited terhadap usaha jangka masa panjang untuk memperbaiki sistem subsidi yang sedia ada. Sekiranya, Saifuddin masih besikap ego dan menyerang saya, saya cuma minta rakyat nilai. Apa salahnya sekiranya pendekatan saya berubah sedikit setelah mendapat pengalaman dari sejarah? Apa gunanya semalam jika bukan untuk sandaran dan petunjuk ari ini? Bukankah Saifuddin juga belajar dari pengalaman beliau atau adakah beliau juga mengambil kesempatan politik untuk menjadi hero kebebasan bersuara sekiranya kita mengguna logik yang sama?

Tampak jelas, pembangkang umpama ayam yang terkecundang. Maka atas sebab itu dan oleh kerana tiada saingan idea atau pendapat bernas yang dapat ditawarkan, maka bertempiklah Saifuddin bagi menempa nama sebagai hero pembangkang dengan suara dan lagu sumbang di pentas yang sudah roboh. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, 21 January 2011

FLIP FLOP! - "Anwar wants to amend statement in suit against Khairy."



The High Court will hear on Jan 27 Opposition Leader Anwar Ibrahim's application to amend certain parts of his statement of claim in his defamation suit against Umno Youth chief Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

The application will be heard before High Court Deputy Registrar Fa'erah Nurul Aini Izany.

The deputy registrar set the date in chambers after meeting Anwar's counsel Gobind Singh Deo, Malik Imtiaz Sarwar and S Prakash, and Muhammad Shafee Abdullah, representing Khairy.

The hearing of the suit had been fixed for two days from April 13 before High Court judge Dr Prasad Sandosham Abraham.

Anwar, 63, filed the suit on Sept 7, 2007, claiming that Khairy, who was then Umno Youth deputy chief, had defamed him at a political function in Kuala Kangsar, Perak, in August 2007.

He said the defamatory statements were carried by the print and electronic media on Aug 3, 2007.
Agent of US and Jews

Anwar claimed that the statements portrayed him as a politician who could not be trusted by the Malays, who did not give importance to the struggle of the Malays and their rights, and that he was capable of betraying the Malay struggle and rights just to get the support of the non-Malays.

The PKR advisor contended that Khairy had made the statements to insinuate that Anwar was a political agent of the United States and the Jews, as well as to ruin his political career, and that he had ill-intention when making the statements, which he said were lies, baseless and without truth.

Besides general, aggravated and exemplary damages and other relief deemed fit by the court, Anwar is also seeking an injunction to prevent Khairy or his agents from repeating the statements.

- Bernama BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, 5 January 2011

Reconsider decision not to contest, Wee tells Khairy

JOHOR BARU: MCA Youth chief Datuk Dr Wee Ka Siong, describing his Umno counterpart as “a good comrade”, said Rembau MP Khairy Jamaluddin should reconsider his stand about staying out of the next general election.

“He should reconsider his decision as he can still contribute towards youth development in the country,” Dr Wee said, adding that Malaysians needed the youthful leadership Khairy had shown since becoming MP and leading the Umno Youth wing.

“In politics, there are ups and downs but he should never give up,” he told The Star yesterday.

Khairy was reported as saying on Saturday that he would take a break from politics and not defend his Rembau parliamentary seat at the next general election.

His announcement prompted Barisan Nasional Youth chief strategist Foo Seck Chyn to persuade Khairy not to quit as he could help improve the political scenario in Malaysia.

Foo cited, among Khairy’s contributions, his work to help less fortunate families and the setting up of the Barisan Youth lab to study the concerns of the country’s young people.

“I will be meeting him (Khairy) this week to discuss the matter.

“I seriously hope he will reconsider his decision as he has still a lot to contribute to the rakyat,” he said.

Source: The Star Online.

Tuesday, 4 January 2011

Hentikan Spekulasi – Khairy

Sinar Harian hari ini melaporkan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mahu semua pihak “hentikan spekulasi,” sebagai mengulas beberapa laporan menyatakan beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Khairy berkata, apa yang penting adalah amanah yang diberikan oleh rakyat dan pucuk pemimpin dalam memberikan khidmat terbaik sebagai Ahli Parlimen.

“Saya dah cakap apa yang saya nak cakap, yang paling penting kita buat kerja untuk pastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum nanti.

“Jangan risau, saya pasti akan kerja keras membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menarik sokongan gologan muda,” Katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya, semalam.

Khairy berkata, apa yang penting sekarang adalah kerjasama semua pihak terutama parti terutamanya parti-parti komponen bagi membawa kemenangan untuk BN.

“Adalah lebih baik menghentikan spekulasi. Bekerja lebih keras adalah perkara utama yang perlu dilakukan,”katanya.

Katanya, sesiapa yang menjadi calon bagi BN akan di tentukan oleh Najib yang juga Pengerusi BN dan bukan individu terbabit yang menawarkan diri.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Presiden parti komponen boleh mencadangkan mana-mana individu yang difikirkan sesuai dan layak sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Nama yang dicadangkan itu tidak bermakna akan dipilih sebagai calon kerana beberapa saringan ketat akan dilakukan sebelum diputuskan Perdana Menteri sendiri,” katanya.

Sumber - politikharian.com

Saturday, 18 December 2010

Jelajah 1Malaysia

On board Jelajah One Malaysia's Official Vehicle.

Jelajah One Malaysia (JOM) has been the hottest topic for the past few days. Receiving a huge response from the Rakyat when they see or even hear that JOM's official vehicle which is almost similar to a 'RV' - only for one reason which is to help the needy; anybody who is eligible to receive help may it be from building a wall made from bricks till repairing those leakages up on their roofs.

Pemuda UMNO Malaysia led by Khairy Jamaluddin (KJ) is on his tour to a few states which will take a week, has come to the attention and has received overwhelming support from Prime Minister Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (pic above).

More to come, stay tuned..... BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Tuesday, 7 December 2010

PRU-13: Calon tak semestinya berjawatan tinggi dalam UMNO, kata Khairy.

GEORGE TOWN, 7 Dis — Calon yang akan dicadang Pergerakan Pemuda Umno pada pilihan raya umum akan datang adalah daripada kalangan mereka berkemahiran tinggi dan disenangi, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata mereka juga tidak semestinya berjawatan tinggi tetapi harus tahu tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Saya tidak lihat kepada aspek yang hanya tahu mengampu Khairy Jamaluddin sahaja, lihat dari pelbagai aspek dan yang penting calon yang bakal dipilih itu disenangi rakyat.

“Selain itu calon itu juga harus tahu mengaplikasi laman-laman sosial seperti Facebook kerana di situlah caranya untuk kita meraih sokongan dari golongan muda,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Berkhatan Perdana Parlimen Bukit Gelugor, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa satu mekanisme khusus akan diwujudkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum akan datang bagi menggantikan pemilihan yang dibuat oleh parti komponen atau presiden sebelum ini.

Mengulas perkembangan lain, Khairy yang Ketua Pemuda BN berkata sayap itu akan meneruskan program khidmat sosial yang dilaksanakan sekarang bagi mendekati rakyat, sesuai dengan aspirasi “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

“Kami tidak mahu sekadar beretorik, membuat kenyataan media dalam isu-isu politik, lebih baik memberi tumpuan dan fokus kepada khidmat masyarakat sekurang-kurangnya kami berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka.

“Rakyat mahu pemimpin yang boleh menyelesaikan masalah dan prihatin dengan kesulitan yang dihadapi bukan hanya berjanji kosong,” katanya.

Pada majlis hari ini yang dianjurkan Pemuda Umno Bukit Gelugor, Umno Cawangan Taman Tun dan Persatuan Penduduk Perumahan Kastam Bukit Gelugor, seramai 101 kanak-kanak berusia antara lima dan 11 tahun menyertainya. — Bernama BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Sunday, 5 December 2010

Malu! - Demo Style Kerajaan Pakatan Rakyat.

Demo PR

Sekali lagi Kerajaan Pakatan Rakyat membuat demo jalanan menyerahkan surat kepada Istana.

Saya hairan kenapa sebuah Parti Politik yang memegang/memerintah kerajaan negeri sanggup pergi ke jalanan?

Apakah dengan cara ini, Kerjaan PR hendak mengajar rakyat Malaysia cara/gaya hidup yang membawa manfaat kepada semua?


Kerajaan PR selalu mengulangi ungkapan di mana mereka hendak mewujudkan negara yang 'upscale' tetapi dengan cara berdemo mereka hendak lakukannya.

Dari apa yang saya lihat dalam gambar - betulkah semua rakyat Malaysia? BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, 1 December 2010

Anwar vs KJ trial fixed for Dec 13 and 14.

The Kuala Lumpur High Court has fixed Dec 13 and 14 as the hearing dates for a defamation suit brought by opposition leader Anwar Ibrahim against Umno Youth chief Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

-Source, Malaysiakini.com

No bus, so Khairy walks to Parliament House.

KUALA LUMPUR: Rembau MP Khairy Jamaluddin walked to Parliament House when he was unable to get a bus after getting off the light rail transit (LRT) at Masjid Jamek.

He hopped on the LRT after a dialogue session with the Youth and Sports Ministry’s Youth Development Trans formation Laboratory in Bukit Jalil near lunch hour.

“Going to see how close we can get to Parliament without car or taxi,” he posted on Twitter yesterday.

Relating his experience further, he said, when he arrived at the Masjid Jamek station, he wanted to see if there was any bus that could take him to Parliament House.



However, no one could tell him the location of the nearest bus stop.

He then started to walk and reached Pasar Seni but failed to find a bus stop.

He then decided to walk all the way to Parliament House.

-Source, The Star.

Tuesday, 30 November 2010

GEMPAR!!! kerana 'seorang' Pakatan Rakyat boleh Hancur!!

Khairy Jamaluddin selepas 'Tsunami'.

NOV 30 — Khairy Jamaluddin suatu ketika boleh dikatakan antara orang yang paling dibenci dan dimusuhi dalam arena politik Malaysia. Dilihat sebagai anak menantu kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia ke 5, Khairy menjadi sasaran utama pihak pembangkang yang mengambarkan bahawa dia merupakan individu yang mempengaruhi hampir kesemua keputusan kerajaan. Tidak cukup dengan itu Khairy juga mendapat tentangan sengit dari dalam Umno apabila persepsi umum ahli parti menganggap Khairy sebagai salah satu faktor utama kekalahan teruk Barisan Nasional pada pilihanraya umum yang ke 12.

Penulis diminta oleh penyunting untuk menulis sebuah analisis tentang perubahan suasana politik semenjak berlakunya tsunami 2008. Namun kali ini, sedikit luar dari kebiasaan, saya ingin melihat kembali dan merencana perjalanan ahli politik muda yang sering mendapat perhatian. Setelah dipukul teruk oleh gelombang perubahan politik tanah air kemana telah dia tuju dan berada sekarang. Inilah kisah perjalanan saudara Khairy Jamaluddin selepas tsunami dari sudut pandangan penulis.

Pemilihan Ketua Pemuda Umno

Ketika itu Pak Lah sudah mengumumkan bahawa dia tidak akan mempertahankan jawatanya di dalam Umno. Ramai menjangkakan yang ini menandakan tamatnya perjalanan politik Khairy Jamaluddin yang dilihat bergantung kepada bapa mertuanya. Namun, luar dari jangkaan dia telah memenangi dalam pertandingan tiga penjuru merebut jawatan Ketua Pemuda Umno. Keputusan pemilihan yang dianggap sebagai kontroversi sehingga Khairy Jamaluddin di herdik ketika namanya diumumkan dalam mesyuarat pehimpunan agung Umno sejurus selepas pemilihan sayap pemuda. Malah dilihat Khairy akan menghadapi masaalah memimpin sayap pemuda apabila jumlah undi yang diterimanya adalah kurang dari separuh dari jumlah keseluruhan perwakilan, bermakna majoriti pada ketika itu tidak menyokong beliau.

Berhadapan dengan masaalah percakaran dan perpecahan dalam Pemuda Umno setelah tamat pemilihan, Khairy juga terpaksa menghadapi soal persepsi umum apabila nama beliau tidak disenaraikan dalam kabinet manakala timbalan beliau Razali Ibrahim dan saingan dalam pemilihan Mukhriz Mahathir dilantik menjadi timbalan menteri. Berhadapan dengan pelbagai halangan dan tentangan dari dalam dan luar parti, ramai yang mula mempersoalkan tentang masa depan politik Khairy dan juga Pemuda Umno sendiri.

Selangkah demi selangkah

Walaupun pada awalnya nampak seolah semuanya telah berakhir bagi graduan dari Oxford ini, namun sedikit demi sedikit persepsi dan pandangan terhadap beliau ini berubah. Titik permulaan perubahan adalah apabila Khairy Jamaluddin telah pergi berdepan dengan Naib Presiden PAS ketika itu, Datuk Husam Musa di Balai Islam Kota Baru. Dikelilingi dengan ribuan penyokong tegar PAS dan tajuk perdebatan yang langsung tidak menyebelahi Umno Khairy telah berjaya mematahkan banyak hujah Husam Musa dan memerangkap Husam dengan beberapa kenyataanya yang boleh dikatakan memakan diri. Malah ada yang beranggap bahawa antara faktor kegagalan Husam merebut jawatan timbalan presiden PAS adalah kerana beberapa kenyataan yang dikeluarkan beliau dalam perdebatan ini.

Penulis adalah ahli Pemuda Umno bahagian Gombak. Ketika waktu pemilihan jangan dikatakan undi malah cadangan pencalonan pun tidak ada seorang berani mencadangkan nama Khairy. Akan tetapi selang beberapa minggu selepas perdebatan di Kota Bahru dihebohkan, timbul kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin tempatan yang menyatakan,

“Ye lah, kalau nak diikutkan aku pun tak berapa nak suka dengan KJ, tapi kalau suruh aku pilihlah siapa nak pergi jumpa debat dengan pembangkang, antara Mukhriz, Khir Toyo dengan KJ, aku pilih KJ.”

Dari disitu penulis dapat melihat perubahan pandangan akar umbi sudah bermula, malah dengan mengambil pendekatan yang lebih merendah diri seperti terbang menaiki kelas ekonomi, atau sama-sama turun padang bermain bola bersama pemuda kampung, berani dan selalu berhadapan dengan perbincangan dan forum dilihat watak dari Menantu Pak Lah sudah mula terhakis dan Khairy sebagai seorang pemimpin sudah mula muncul. Penulis menganggap penglibatan Khairy dalam filem pendek “Teksi” untuk siri 15 Malaysia merupakan salah satu faktor yang memerikan kesan yang sangat ketara dalam perubahan persepsi terhadap beliau terutama di kalangan anak muda. Boleh dikatakan sebagai sesuatu yang baik apabila Khairy tidak dilantik sebagai seorang menteri kabinet kerana tumpuan yang lebih diberikan dalam memperkukuhkan kembali sokongan Pemuda terhadapa Umno dan BN.

Penyatuan Pemuda Umno

Selepas pemilihan umum diketahui Pemuda Umno berpecah kepada tiga, malah dari segi kepimpinan exco pemuda, tidak ada mana-mana satu kem sekalipun yang berjaya menguasai barisan kepimpinan. Pada awalnya perpecahan ini memang jelas ketara, apabila sesetengah exco dan ketua pemuda bahagian memboikot acara tertentu kerana ianya dianjurkan oleh orang-orang tertentu.

Namun Umno mempunyai budaya pragmatiknya sendiri. Sebagaimana gambar Anwar Ibrahim masih lagi tergantung di ibu pejabat Pemuda Umno sebagai mantan Ketua Pemuda, sebagai itulah semangat “pragmatism” Umno itu sendiri. Hakikatnya adalah umur Mukhriz dan Khir Toyo telah melepasi had untuk bertanding semula jawatan Ketua Pemuda Umno dalam penggal berikutnya, atau dilihat sebagai tidak lagi sesuai oleh itu tidak timbul soal untuk kumpulan tertentu untuk mencabar kedudukan semula. Ditambah semula dengan cabaran dan tentangan yang dihadapi dengan kekalahan di 5 buah negeri melihat bahawa majoriti pemuda sudah penat untuk berperang sesama sendiri dan lebih berminat dalam bersatu untuk mendapatkan kembali tampuk pemerintahan di negeri-negeri yang telah tewas.

Ini dapat dilihat dengan jelas dalam beberapa siri kempen pilihanraya kecil bermula dengan Manik Urai dan Bagan Pinang apabila kerjasama antara kepimpinan Pemuda mempengaruhi kemenangan di kesemua saluran undi muda. Malah dapat kita lihat dari segi rombakan jawatan exco pemuda Umno bagi menghadapi suasana politik baru mula menampakan hasil terutama dari segi penceramahan dan propaganda di alam maya. Dapat kita melihat pemimpin-pemimpin pemuda yang dahulunya mati-mati menentang Khairy kini sudah mula berkerjasama dengan Khairy atas kedudukan beliau sebagai Ketua Pemuda.

Perkasa

Nampak seolah penentang utama Khairy bukan dari dalam Umno mahupun dari Pakatan Rakyat akan tetapi dari sebuah NGO iaitu Perkasa. Pergeseran terbuka antara pengerusi Perkasa Ibrahim Ali dan Khairy dalam media massa menggusarkan segelintir akar umbi dalam Umno yang menyokong sesetengah pendirian Perkasa. Namun sekiranya dilihat secara halus sebenarnya pertembungan dan pebezaan pendapat antara kedua-dua pihak ini member manafaat kepada kedua-dua belah pihak. Pertamanya Umno yang membuktikan kepada parti komponen yang ianya teguh bersama Barisan Nasional manakala Perkasa membuktikan bahawa ianya sememangnya sebuah NGO yang tidak mempunyai sebarang ikatan.

Ada yang mengatakan bahawa Khairy mungkin kehilangan sokongan dalam Pemuda atas pertembungan ini namun penulis bependapat bahawa perkara itu tidak semestnya belaku. Kerana sering berlaku pendirian paradoks dalam politik Umno dan politik Melayu. Jangan terkejut sekiranya seorang pemuda, yang menyokong pendirian Perkasa boleh pada masa yang sama mengundi Khairy Jamaluddin. Pendirian beliau dalam mempertahankan beberapa isu Melayu seperti diskaun Bumiputera membuatkan hasrat penentangan terus dari akar umbi Umno sebagaimana yang diharapkan sesetengah pihak tertentu tidak berlaku.

Kesimpulan

Untuk mengatakan Khairy sudah bejaya membebaskan dirinya dari persepsi dan belenggu pandangan sejarah adalah meleset sama sekali. Sehingga hari ini masih giat gerakan dari dalam dan luar Umno itu sendiri yang menentang kedudukannya sebagai Ketua Pemuda, ini jelas dapat dilihat dalam kempen di internet melobi untuk dia tidak dilantik menjadi menteri kabinet. Walaupun semakin ramai pemimpin pemuda yang sudah mula berkerjasama dengan beliau namun masih ramai yang gusar dilihat secara terus takut-takut dilabel dan diserang sekali kerana masuk kedalam kem Khairy. Malah penulis sendiri mungkin akan dilabel mahupun dikritik oleh kerana menulis mengenai Khairy. Namun suka atau tidak, kita perlu mengakui bahawa pandangan dan perspektif terhadap Khairy Jamaluddin adalah bebeza sekarang berbanding dahulu. Rata-rata akar umbi pemuda Umno merasakan penat dan bosan dengan peperangan dalaman, dari segi jentera pemuda sehinggalah ke exco-exco ebih berminat dalam menentang Pakatan Rakyat dari Ketua Pemuda Umno.

Dahulu mungkin boleh dikatakan yang kedudukan yang terdapat pada Khairy adalah ehsan dan bantuan dari bapa mertuanya namun tidak kali ini. Penulis secara peribadinya tidak pasti apa yang akan berlaku atau kemana akan Khairy pergi selepas ini, samaada terus kehadapan atau jatuh tersungkur dalam permainan politik. Namun apa yang pasti, apa yang telah berlaku semenjak pemilihan tempoh hari dan apa yang akan berlaku selepas ini adalah atas usaha dan bakat beliau sendiri. Suka atau tidak, sokong atau tentang, itu adalah pandangan dan pendirian peribadi, tapi anggaplah begini, bukan senang untuk mengorak langkah dari seseorang yang menjadi antara sasaran paling utama kepada di mana dia berada sekarang. Itu kita kena akui.

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

-The Malaysian Insider.